Monday 20 June 2011

Addressed To A Father

Hi peeps.


Bersempena dengan Hari Bapa yang jatuh pada hari Ahad lepas, saya rasa saya nak post something about ayah saya. Setiap bapa lain personality-nya. 

#1 - Ayah saya sangat protective orangnya. Sangat! Bukan setakat protect anak-anak dia je, sekali dengan anak-anak orang dia nak protect kalau boleh. :p Ayah juga sangat ambil berat! Saya rasa kalau ayah tak macam nie, memang dah social habis lah saya.

#2 - Ayah saya seorang yang tegas atau garang. Ayah juga cepat naik angin.

#3 - Dalam ketegasan dan kegarangannya, tidak dinafikan dia juga seorang yang sangat baik hati. Ayah senang buat baik dengan orang tak kira siapa pun. Even dengan orang yang dah tipu dia, dia tak balas apa pon. Ayah biarkan Allah yang balas setiap apa benda buruk yang orang dah buat kat dia. Sifat yang patut dicontohi :) 

#4 - Ayah suka buat charity. Dia suka jadi volunteer untuk tolong mangsa-mangsa bencana or peperangan macam dekat Acheh, Pakistan, Iraq, Gaza  and banyak lagi lah. 

#5 - Ayah juga suka melancong and snap picture. Ayah nie seorang  bekas photographer. Dalam laptop, desktop, external hard disk, pendrive, CDs, semua mesti ada collection gambar-gambar ayah and mesti wajib harus ada copy. Ayah risau sangat kalau gambar-gambar dia hilang. 

#6 - Ayah tak suka entertainment. Kalau anak-anak dia buka reality TV shows ke drama melayu ke, or konsert apa-apa ke dia mesti bising and membebel. Ayah mesti minta remote control tukar channel News ke National Geographic ke or channel yang mendatangkan benefit bagi dia. Tapi dangdut and lagu-lagu arab dia memang layan. ~____~'

#7 - Ayah akan sedaya upaya memenuhi kehendak anak-anaknya kalau dia mampu. Semua ayah macam tu kan? Tapi kalau ikut keadaan ayah saya, lain. Tak perlu rasanya nak cerita lebih lanjut :)

#8 - Ayah suka sangat membebel. Kadang-kadang rasa rimas and tension. Tapi, itu lah perangai ayah. 
-____- Apa boleh buat. Ada juga betulnya isi kandungan bebelan ayah tu untuk kebaikan anak-anaknya.

#9 - Satu perangai ayah yang tak digemari kami ialah, ayah nie suka sangat simpan barang-barang yang tak boleh pakai. Bagi dia semua barang-barang tu boleh pakai/guna lagi. Tapi tak pernah pon dipakai/diguna -.- Simpan punya simpan sampai dah ada 3 stor kat rumah nie ha. Mungkin pengalaman mengajar ayah supaya tidak mudah menbazir. Tapi...memang tak patut simpan pon barang-barang tu! :B

#10 - Ayah seorang yang suka barang second-hand and barang-barang antik. Ayah juga tak kisah pasal dia punya pemakaian. Muahahahaha! :D

Itu jelah yang boleh saya describe tentang ayah saya. Banyak lagi, tapi sekarang nie dah pukul 3 pagi dah. Dah patut tidur dah saya nie. Hehe. Last but not least...

Hi Ayah, Happy Father's Day! Despite everything, I still love you. You're my only Dad, ever and after. I don't know how can I survive if there's no you in my life. Thank you for all of your lessons and sacrifices to me.  May Allah bestow you a health and longevity. I know you will not be able to read this and I'm too shy to wish you face to face :P You are always in my prayer, Ayah. 

No comments:

Post a Comment

Followers